
Bicara Seks
Sepatah kata :
Seks adalah sebahagian daripada perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Kita dilahirkan dengan organ seks dengan alat jantina yang berbeza di antara lelaki dan wanita. Allah mengurniakan kecenderungan terhadap pasangan jantinanya, lelaki cenderung kepada wanita dan wanita cenderung kepada lelaki.
Hubungan seks adalah keperluan bagi manusia lelaki dan wanita yang telah mencapai umur kematangan dan memasuki alam dewasa. Kecenderungan untuk menikmati hubungan seks dan mengalaminya terlalu awal khususnya ketika remaja lagi akan menjerumuskan manusia muslim dan beriman ke lembah maksiat dan bergelumang dengan dosa.
Hubungan seks yang ditempuhi setelah melangkah ke alam perkahwinan amat dituntut oleh syara' dan menjadi ibadah. Perkahwinan atau pernikahan akan menghindarkan lelaki dan wanita daripada manusia durjana dan pengikut syaitan.

Nikamati Seks Secara Halal
Allah mengharamkan zina
| Apa sudah jadi? Amat memilukan dan menyedihkan kerana jenayah seks hari ini telah berlaku secara terang-terangan dan membiak dengan banyak tidak mengenal peringkat umur. Ia boleh berlaku di mana jua dan kepada sesiapa jua. Kita boleh menyaksikan jenayah seks dilakukan oleh remaja di bawah umur. Pencabulan oleh orang yang sudah lanjut usia. Jenayah seks berlaku di lautan, daratan dan di udara. Tidak mengira masa pagi, petang, siang atau malam. berlaku di hutan atau di pekan, di kampung atau dibandar. Dilakukan oleh orang yang tidak mendapat pendidikan secukupnya. Dilakukan secara terhormat oleh orang yang mendapat pendidikan yang tinggi. Alahai dunia... |
| Barang siapa yang beramal sebesar zarah kebaikan akan
dibalas Dan barang siapa yang beramal sebesar zarah kejahatan akan dibalas |
![]() |
Harus diingat bahawa setiap perbuatan manusia samada besar atau kecil buruk atau baik akan dicatat, dihitung, dan ditimbang amal dan mendapat balasan.
Laman ini masih dalam pembinaan..
Webmaster: |